ADN Pekan Nanas: Jangan Tutup SMT Pontian |
KOTA ISKANDAR, 7 Dis: Sekolah Menengah Teknik Pontian (SMTP) wajar diteruskan beroperasi walaupun ada perancangan menaik taraf sekolah berkenaan kepada Kolej Matrikulasi Teknikal Johor pada penghujung bulan depan. Ahli Dewan Negeri (BN-Pekan Nanas), Tang Nai Soon, berkata rata-rata kalangan ibu bapa dan masyarakat di Pontian tidak bersetuju dengan penutupan SMTP itu. Katanya, masyarakat di situ mahu kedua-dua institusi ini beroperasi di lokasi sama dan berharap agar pembinaan bangunan baru SMTP dapat dilaksanakan bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir di dalam bidang teknikal. “Kita perlu jelas dengan misi dan visi kedua-dua institusi ini kerana ia dilihat amat berbeza, terutamanya dari segi tahap pembelajaran dan pencapaian pelajar itu sendiri. “Bagi sekolah teknik, fokusnya adalah pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir seperti juruteknik dan pembantu jurutera, manakala kolej matrikulasi melahirkan kepakaran di peringkat lebih tinggi seperti jurutera dan pensyarah,” katanya ketika sesi perbahasan pada sidang dewan negeri, di sini, baru-baru ini. |
No comments:
Post a Comment